Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Sultan Selangor Dukacita Perpecahan Melayu di Tahap Amat Merisaukan

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan gejala dan masalah perpecahan dalam kalangan orang Melayu yang kini telah sampai ke tahap amat merisaukan. Baginda bertitah perpecahan itu dilihat begitu teruk sekali terutamanya apabila wujud banyak kumpulan kononnya berjuang atas dasar kepentingan orang Melayu namun bertambah buruk apabila golongan berkenaan sering mengecam antara satu sama lain umpama menconteng arang ke muka sendiri. Titah baginda lagi, gejala perpecahan lebih diburukkan apabila terdapat segelintir pemimpin Melayu sendiri yang melemparkan cercaan dan sindiran terhadap bangsanya secara terbuka tanpa segan silu. “Perbalahan dan pertelingkahan secara terbuka sesama kumpulan orang Melayu ini berlaku di mana-mana termasuklah di media sosial dan media arus perdana. Perbalahan ini mencakupi semua aspek sehingga perkara kecil pun dijadikan punca kepada pertelingkahan dan kemudiannya mengakibatkan perpecahan ketara. “Gejala memfitnah ...

Orang Tak Suka K'jaan Kerana Tak Beri 'Duit Percuma', Kata Dr M

Kerajaan PH tidak begitu disukai sesetengah rakyat kerana tidak meneruskan amalan pentadbiran lama yang memberi "duit percuma", kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. "Kerajaan lama suka beri wang percuma kepada rakyat, semua orang dapat wang percuma," katanya pada Persidangan Antarabangsa ke-25 mengenai Masa Depan Asia: Mencari Tata Global Baru di Tokyo hari ini. "Tapi kini kita (PH) sudah ambil alih, kita perlu tanggung hutang beban hutang, kita tak ada duit dan kita tak boleh beri duit percuma. "Dan apabila kita tak beri duit percuma, orang tak suka kita," kata pengerusi PH itu. Bagaimanapun, tambah Dr Mahathir, kerajaan perlu berhati-hati serta cermat dalam menguruskan kewangan negara untuk memperbetulkan masalah kewangan. Dr Mahathir berkata demikian apabila ditanya ketidakpuasan hari rakyat terhadap kerajaan PH terutamanya orang Melayu baru-baru ini. Tinjauan yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan rating PH dan Dr Mahathi...

PAS Cadang Perkenal Subjek Kenali Islam kepada Pelajar Bukan Islam

PAS menyambut baik keputusan Kementerian Pendidikan dalam menolak cadangan Majlis Belia Malaysia (MBM) supaya diperkenalkan subjek khusus bagi mengenali agama lain, selain agama Islam di sekolah dan pusat pengajian tinggi (IPT). Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali berkata cadangan tersebut bukan sahaja tidak sesuai bahkan tidak patut dilaksanakan. Menurut Khairuddin, lebih baik sekiranya kerajaan memperkenalkan subjek mengenali agama Islam kepada murid bukan Islam, di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) peringkat rendah dan menengah. Katanya, dengan adanya subjek mengenali Islam, pelajar SJK dapat lebih memahami ajaran agama persekutuan itu serta amalan masyarakat Islam di negara ini. “Saya percaya, subjek ini lebih berkesan untuk mengukuhkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini yang telah meletakkan Islam sebagai agama persekutuan. “Ini kerana Islam adalah agama yang mempromosikan kedamaian untuk man...

Hidayah Allah: Nama Islamku Tay Eng Soon

Hidayah Allah kepada umatnya datang dalam pelbagai bentuk. Bagi seorang pemuda berusia 32 tahun kelahiran Kuala Lumpur, jendela imannya dikuak ketika mula-mula masuk ke gerbang institusi pengajian tinggi. Tay Eng Soon mengakui hatinya diketuk untuk mempelajari Islam pada usia 18 tahun apabila melihat rakan Melayu di tempat pengajiannya berpuasa di bulan Ramadan kira-kira 14 tahun lalu. “Saya mula bertanya kepada diri saya kenapa orang Islam berpuasa dan kenapa perlu puasa. Mereka (rakan saya) cerita mengenai berpuasa dan selepas itu saya minat untuk cuba berpuasa dan ikut rakan-rakan berpuasa. “Saya tanya mereka juga tentang Islam, kenapa perlu solat, ketika itu rakan-rakan saya sudi jawab soalan saya dan cerita tentang Islam, tentang nabi-nabi,” katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini baru-baru ini. Ketika ditemui, Tay sedang mengikuti Kelas Fardu Ain Anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Bukit Indah Ampang. Kahwini gadis Melayu Tay mengambil masa selam...

Kit Siang Tak Teruskan Debat dengan Najib, Nafi dirinya Pengecut

Veteran DAP Lim Kit Siang memutuskan tidak akan meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Najib Razak kerana bimbang dengan kemungkinan besar ini akan dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman. Katanya, sejak 48 jam yang lalu, beliau menerima segunung surat dan nasihat yang memintanya supaya tidak meneruskan debat itu. “Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut. Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat. “(Tajuk debat) Bagaimana Malaysia terjerumus menjadisebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina. “Sedangkan perang melawan rasuah, penyalah-gunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram buk...

Amaran IGP Pada anak Buahnya: Hentikan Hubungan Dengan Tauke Judi

Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran kepada pegawai dan anggota polis untuk menghentikan sebarang hubungan dengan tauke sindiket perjudian dan maksiat sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka. Beliau secara sinis berkata pegawai dan anggota masih mempunyai peluang untuk menghentikan sebarang hubungan dengan sindiket haram sebelum ditahan. Katanya pasukan tidak akan bersubahat atau melindungi mereka yang menjalankan kegiatan haram di negara ini. “Nasihat saya, hentikan segera connection (hubungan) dengan sindiket judi dan maksiat kerana saya tidak akan bertolak ansur dan akan berusaha hapuskan gejala rasuah dalam pasukan. “Selagi mereka (anggota polis) belum memakai baju jingga (baju lokap) dan digari tangan, ia masih belum terlambat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 15/2019 sempena Aidilfitri di sini, hari ini. Abdul Hamid berkata kegiatan judi yang berleluasa ketika ini hanya akan merosakkan tamadun. “Saya s...

Sultan Murka MP Berucap dalam Masjid, Pang Bela Diri

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menyatakan rasa murka terhadap tindakan seorang ahli politik DAP yang dianggap mencabul kesucian Islam apabila berpolitik dalam masjid. Dalam satu kenyataan Sultan Ibrahim berkata sebagai ketua agama Islam di Johor baginda tidak apologetik untuk mengambil pendirian bahawa semua aktiviti ahli politik di masjid dan surau di negeri itu dihentikan. Kata baginda langkah itu dibuat demi menjamin kesucian, ketertinggian Islam dan maruah Islam terpelihara, selain menjaga keharmonian dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama dapat terus dinikmati oleh Bangsa Johor. "Semua aktiviti ahli politik di masjid dan surau di Johor hendaklah segera dihentikan dan pencabulan yang telah berlaku tidak boleh berulang lagi," tidak baginda. Kata Sultan Ibrahim, baginda yakin ahli parlimen dan parti-parti yang diberi kuasa akan menafikan mereka membuat apa-apa ucapan politik dalam majlis itu. "Bagaimanapun, saya konsisten m...

Kocak! 17 Foto Hasil Kegagalan Arsitek Paling Bodoh

Dengan semua hasil dari berbagai insinyur dan profesi teknik di seluruh dunia, ada banyak contoh lucu hasil kerja rekayasa yang gagal. Kadang-kadang itu kesalahan dari insinyur dan yang lainnya seperti dari building yang tidak dapat membaca rencana. Bagaimanapun, berikut adalah 17 dari hasil kerja rekayasa paling bodoh yang gagal yang kami rangkum dan membuat anda tertawa: 1. Instalasi yang Tidak Aman, Lu salah pijak hidup gue kelar Cuk 2. Closet yang terlalu dekat, Mantap bisa maen Gede-gedean kalo kayak begini mah. 3. "Bagaimana kita kan keluar?" Loncat mungkin jalan terbaik. 4. Kursi terbaik, Silahkan Nontonin Tembok ampe kiamat. 5.Jendela tidak pada tempatnya, Buat Apan ini Pea banget Dah. 6.Tangga untuk raksasa, Naiknya pake Esmosi ini 7. Balkon ekstra, Jendelanya Auto Nyusul Guys. 8. Melatih Kereta, Mudah-mudahan keretanya ancur 9. Terlalu banyak lubang pembuangan, Ya Gpp lah yang penting ga kayak di Bekasi jalannya...

Biar Orang Ramai Nilai Anwar Banduan atau Tidak (Kata Hadi)

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini enggan  "menilai"  kedudukan Anwar Ibrahim sama ada pemimpin PH dan PKR itu seorang banduan atau tidak. Ditanya mengenai isu berkenaan, Abdul Hadi berkata, beliau bukanlah orang yang sesuai untuk membuat penilaian. "Terpulang kepada masyarakat untuk menilai adakah dia (Anwar) banduan atau tidak. "Bukan saya yang akan nilai, orang ramai akan nilai,”  kata Abdul Hadi. Isu Anwar yang didakwa sebagai bekas banduan dibangkitkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan semasa berceramah untuk membantu calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam pilihan raya kecil Sandakan pada 8 Mei lalu. Dalam ucapannya Takiyuddin membangkitkan persoalan sama ada rakyat mahu seorang bekas banduan seperti Anwar sebagai calon perdana menteri. Jelas Takiyuddin, sabitan ke atas Anwar dibuat oleh Mahkamah Persekutuan dan tidak lagi boleh dipersoalkan. Presiden PKR itu dihukum penjara lima tahun pada 2015. Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan  ...