Skip to main content

Posts

Showing posts with the label National Colleges

Bantu pelancong Jerman kemalangan, remaja kata ada yang tengok saja... “Hanya kongsi, bukan menunjuk-nunjuk”

“ ADIK pergilah tolong, takde siapa yang bantu tu,” demikian pinta seorang ibu kepada anak bongsunya. Sebaik sahaja mendengar kata ibunya itu, Ashry Amer bergegas keluar dari kereta menuju ke lokasi kemalangan yang berlaku di Jalan Kuching, berdepan Sunway Putra dalam kejadian pada Sabtu itu. Mengimbas kembali insiden yang berlaku di depan matanya, remaja berusia 17 tahun itu memberitahu, ketika kejadian dia sedang merakam kesesakan trafik di situ menerusi telefon bimbitnya. “Kami dalam perjalanan pulang dari kampung di Rawang. Ketika melalui laluan tersebut, kelihatan tiga kenderaan dan sebuah basikal terlibat dalam kemalangan. “Ayah saya memperlahankan kereta dan ternampak seorang lelaki terperosok di bawah sebuah van dan dia cuba keluar dari situ. Ashry (kiri) bersama keluarga beraya di kampungnya di Rawang sebelum pulang ke ibu kota. “Ibu saya terus cakap minta saya tolong sebab memang tak ada siapa yang bantu lelaki  itu. “Saya terus ke van berkenaan dan d...